BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

shana

Sunday 30 October 2011

penat......penat.....

selamat berjumpa lagi....sebnarnya bru blik dri camping nie....rse nk luahkan kepenatan tpi xthu kt ne jdi ni la ruang terbaik tuk sye luahkan...sekrang sya sgt2 penat dan mata dh mcm kna pukau ja...huhuhuhu


tpi seronok sgt sbb nie las camping 4 kelana siswa...yey222....akhirnya tamat juga..alhamdulillah,.banyak pglaman yang saya dpt slma berpengakap nie....nk cite skrg sye pnt la,tgu entry lgi 1 sye critakan ok..hehehehe..

Thursday 13 October 2011

~DIRIKU SHANA YUSOFF~

Assalammualaikum kepada kawan-kawan semua...hari ini saya hendak memperkenalkan diri saya serba sedikit..Saya Noordiana Yusoff yang berasal daripada P.Pinang..tapi sekarang dah pindah di Kedah bersama2 keluarga trsyang..selama 21 tahun stay at penang memang menyeronokkan tapi bila dh pindah rsa mcm xbes sbb rumah taman kan...stay kat kampung ngn taman ni berbeza tapi saya cuba juga untuk mnyesuaikan diri dengan persekitaran yg agak baru bagi saya walaupun dh hampir stahun pindah.....yang pasti saya belum mengenali jiran-jiran saya..terpk jgak,adakah saya yg xska bergaul atau kesibukan yg membuatkan saya tidak sempat berkenalan dengan jiran2 saya..????terfikir sejenak saya disitu...hurmmm
Tak mengapalah,kita tinggalkan sbntar tanda tanya itu dan kembali kepada my background...saya anak ke2 dripada 4 org adik bradik,..saya ada abang-25tahun, sya ada adik yg brumur 16tahun dan 3 tahun...ibu saya samsiah nasri 46 tahun dan ayah saya berumur 47 tahun...hidup saya yang datang dri keluarga yg sdrhana tetapi saya bersyukur kerana ibu baoa saya sgt mementingkan pelajaran anak2 nya..
Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat dan kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti bermula dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6...selama saya bersekolah di sini,sgt banyak pengalaman, suka duka bersama rakan-rakan....nak tahu suka dukanya????mungkin the next post saya akan ceritakan....sekarang saya sudah berada di menara gading yang saya impikan selama ini dan inilah harapan kedua ibu bapa saya...sekarang sudah hampir 2 tahun di UPSI.....Banyak juga pengalaman, suka dan dukanya,,,,,itulah serba sedikit tentang diri SHANA YUSOFF....

Sunday 2 October 2011

MENGAPA MANUSIA BERMASALAH???

Tidak seorang manusia pun yang inginkan masalah dalam hidupnya tetapi secara realitinya manusia tidak dapat lari daripada masalah. Namun, masalah yang timbul bukan atas kehendak dirinya sendiri. Kadang-kadang faktor persekitaran yang menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan sesuatu masalah. Namun begitu, terdapat juga manusia yang mencipta masalah. Individu yang berjaya yang mencipta penyelesaian menerima kejayaan daripada habuan tersebut. Terdapat beberapa faktor mengapa manusia itu dikatakan bermasalah, antaranya:

  • Gangguan emosi - Gangguan emosi boleh berlaku apabila individu itu terlalu memikirkan masalah ataupun peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Keadaan ini menyebabkan individu bermasalah dan memerlukan bimbingan
  • Kehendak tidak tercapai - Masalah timbul apabila kehendak diri tidak dapat dipenuhi atau tercapai. Hal ini kerana individu cuba berfikir cara bagi memenuhi kehendak-kehendak mereka sehingga menjadikannya masalah dalam hidup.
  • Kurang kasih-sayang - Kasih sayang daripada ibu bapa penting bagi anak mereka. Kekurangan kasih sayang dan perhatian menyebabkan konflik dalam diri anak yang akhirnya menimbulkan masalah dalam diri. Di samping itu, mereka juga tidak ceria dan mengalami kemurungan.
  • Terlalu rendah diri - Menurut psikologi, seseorang yang dilahirkan dengan kekurangan tertentu yang membawa kepada perasaan rendah diri Perasaan inferior ini bukan dianggap sebagai kelemahan atau kekurangan tetapi aspek yang membawa kepada perkembangan individu itu. Namun, ia adalah masalah bagi individu itu.
  • Terlalu memendam perasaan - Manusia yang selalu memendam perasaan dikatakan mengalami masalah kerana mereka tidak gemar meluahkan perasaan kepada orang lain bagi meringankan beban yang ditanggung. Apabila individu itu menyimpan dan memendam perasaan, ia memakan diri sendiri. Individu sentiasa berasa resah dan tidak bermaya melakukan pekerjaan.
Ini jelas menunjukkan terdapat pelbagai sebab yang meyebabkan timbul masalah dalam diri manusia. Sebenarnya, sesetengah masalah dapat dielakkan tetapi sikap yang menyebabkan kita terkurung dalam masalah.

CIRI-CIRI UTAMA MANUSIA YANG MEMPUNYAI "The Five Practises of Exemplary Leadership (MICEE) menurut Kouzes dan Posner (1995)

  • Model the way
  • Inspire a shared vision
  • Challenge the process
  • Enable others to act
  • Encourage the heart

7 KEMAHIRAN UTAMA PENGURUS SEKOLAH YANG BERKESAN (Renihan, 1996)

  1. Kemahiran hubungan manusia
  2. Kemahiran memimpin
  3. Kemahiran komunikasi
  4. Kemahiran organisasi
  5. Memahami, empati dan sabar
  6. Konsisten dan jelas matlamat
  7. Latar belakang akademik