BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

shana

Sunday, 2 October 2011

MENGAPA MANUSIA BERMASALAH???

Tidak seorang manusia pun yang inginkan masalah dalam hidupnya tetapi secara realitinya manusia tidak dapat lari daripada masalah. Namun, masalah yang timbul bukan atas kehendak dirinya sendiri. Kadang-kadang faktor persekitaran yang menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan sesuatu masalah. Namun begitu, terdapat juga manusia yang mencipta masalah. Individu yang berjaya yang mencipta penyelesaian menerima kejayaan daripada habuan tersebut. Terdapat beberapa faktor mengapa manusia itu dikatakan bermasalah, antaranya:

  • Gangguan emosi - Gangguan emosi boleh berlaku apabila individu itu terlalu memikirkan masalah ataupun peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Keadaan ini menyebabkan individu bermasalah dan memerlukan bimbingan
  • Kehendak tidak tercapai - Masalah timbul apabila kehendak diri tidak dapat dipenuhi atau tercapai. Hal ini kerana individu cuba berfikir cara bagi memenuhi kehendak-kehendak mereka sehingga menjadikannya masalah dalam hidup.
  • Kurang kasih-sayang - Kasih sayang daripada ibu bapa penting bagi anak mereka. Kekurangan kasih sayang dan perhatian menyebabkan konflik dalam diri anak yang akhirnya menimbulkan masalah dalam diri. Di samping itu, mereka juga tidak ceria dan mengalami kemurungan.
  • Terlalu rendah diri - Menurut psikologi, seseorang yang dilahirkan dengan kekurangan tertentu yang membawa kepada perasaan rendah diri Perasaan inferior ini bukan dianggap sebagai kelemahan atau kekurangan tetapi aspek yang membawa kepada perkembangan individu itu. Namun, ia adalah masalah bagi individu itu.
  • Terlalu memendam perasaan - Manusia yang selalu memendam perasaan dikatakan mengalami masalah kerana mereka tidak gemar meluahkan perasaan kepada orang lain bagi meringankan beban yang ditanggung. Apabila individu itu menyimpan dan memendam perasaan, ia memakan diri sendiri. Individu sentiasa berasa resah dan tidak bermaya melakukan pekerjaan.
Ini jelas menunjukkan terdapat pelbagai sebab yang meyebabkan timbul masalah dalam diri manusia. Sebenarnya, sesetengah masalah dapat dielakkan tetapi sikap yang menyebabkan kita terkurung dalam masalah.

No comments:

Post a Comment